Dia memberi isyarat untuk memulakan karier kejurulatihan dan kini dilihat berada di laluan yang tepat.

Menerusi laman Instagram, dia mendedahkan telah mula bekerja dengan kelab lamanya, United, sambil menyarung seragam tertulis namanya.

“Sukar untuk menerangkan perasaan saya ketika ini.

“Menyarung jersi latihan jurulatih ini membuatkan saya orang paling gembira. Terima kasih @manchesterunited kerana membantu saya melengkapkan kursus kejurulatihan!

“Hari pertama selesai,” katanya.-AGENSI