Skuad Azzurri berjaya melunaskan dendam atas kekalahan 0-4 kepada Sepanyol dalam final Euro 2012 apabila menewaskan juara bertahan itu 2-0 pada pusingan 16 terbaik, pagi tadi.

Gol Giorgio Chiellini dan Graziano Pelle membantu menyingkirkan Sepanyol yang dilihat gagal mengatasi taktik permainan Itali.

“Laluan kami masih jauh dan berliku, malah kami perlu berdepan pasukan kuat dalam usaha menuju ke final.

“Kami tidak boleh berkata Euro 2016 adalah Kejohanan Eropah terbaik kami, kerana kami baru mara ke suku akhir.

“Namun, seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak akan lupa bagaimana kami berjaya melepasi laluan-laluan berliku sebelum tiba di Perancis.

“Kami telah membuktikan Itali tidak lemah seperti yang dicanangkan banyak pihak,” kata Buffon.

Mengulas mengenai kemenangan di Stade de France, Buffon berkata, dia bangga dengan prestasi rakan seperjuangan ketika menyingkirkan Sepanyol.

“Kami berada dalam prestasi terbaik. Namun selepas babak pertama, kedudukan 1-0 belum selesa.

“Kami sedar keputusan boleh berubah. Jadi, kami tidak hanya fokus kepada bertahan tetapi juga banyak mencipta peluang sebelum jaringan (Graziano) Pelle.

“Selepas beberapa tahun kalah kepada Sepanyol, kami akhirnya berjaya melunaskan dendam.

“Walaupun baru peringkat 16 terakhir, namun kemenangan ini sangat bermakna,” ujarnya lagi.

Itali akan berdepan juara dunia, Jerman pada suku akhir di Bordeaux Ahad ini.

Sementara itu, tonggak pertahanan, Leonardo Bonucci memuji jurulatih, Antonio Conte yang dianggap pakar strategi.

“Conte memainkan peranan besar sebagai jurulatih. Proses (pembinaan pasukan) bermula sejak dua tahun lalu. Daripada kurang hebat, kami kini hebat sebagai satu unit...Itu kepakaran Conte,” kata Bonucci. – AGENSI

ITALI lwn 
SEPANYOL

SEPANYOL

statistik

2 Gol 0

7 Percubaan tepat 5

11 Percubaan tersasar 14

5 Sepakan penjuru 9

3 Kad kuning 4

0 Kad merah 0

41% Penguasaan 59%

ITALI