Pengiktirafan itu adalah merupakan sebagai satu-satunya pasukan bola sepak dari USM yang mana pemainnya adalah doktor.

Penasihat Dr FC, Dr Mohamad Ibariyah berkata, menerusi pasukan itu banyak pengisian yang diperolehi demi kecemerlangan dan hala tuju USM antaranya yang melibatkan masyarakat dengan doktor.

Katanya, Dr FC itu adalah selari dengan program yang mengalakan kakitangannya menjaga kesihatan dengan bersukan.

“Peluang ini telah diambil oleh Dr Fc untuk berkongsi dan memastikan matlamat perutusan tercapai.

“Saya akan memainkan peranan dalam penyusunan program sukan bola sepak dan kebajikan untuk masyarakat agar aktiviti yang dijalankan lebih subjektif,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dia amat berterima kasih kepada ketua pasukan Dr Izzat Hakimi serta pengurus pasukan Dr Rajaie yang menghidupkan kembali pasukan bola sepak doktor yang terpadam sejak tahun 2016.

Jelasnya, kebanyakan pemain adalah campuran doktor yang bertugas dalam perbagai bidang perubatan antaranya seperti Oftalmologi , Bius , Pembedahan Am dan Trauma.

“Antara impian kami ialah membawa USM ke mercu antarabangsa kerana ada di antara pemain pasukan ini dari luar negara seperti Sudan , India dan Mauritus.

“Ini secara tidak langsung, merapatkan jurang antara disiplin perubatan di mana doktor-doktor daripada pelbagai disiplin bermain dalam satu pasukan, meningkatkan keberkesanan komunikasi,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE