Griezmann gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam aksi kelayakan Euro 2020 hari ini, sekali gus tidak menokok jaringan Perancis yang menang 3-0 le atas Andorra.

Ia berlawanan dengan pencapaiannya di Piala Dunia tahun lalu, yang menyaksikan dia berjaya menyempurnakan tiga penalti dalam perjalanan meraih gelaran.

"Apabila perlu membuat jaringan, dia lakukan. Tetapi ada kalanya bola tidak masuk.

"Saya akan bercakap tentang perkara ini dan saya harap dia tahu, jika ada satu lagi sepakan pada Oktober depan, dia akan dipanggil.

Griezmann muncul pemain pertama Perancis yang gagal dua kali dalam sepakan penalti sepanjang 10 musim lalu.- AGENSI