Kompany meninggalkan Manchester City pada penghujung musim lalu dan memilih untuk menjadi pemain-jurulatih bersama kelab Belgium.

De Bruyne mempertahankan rakan senegaranya itu mampu mengubah situasi tersebut dan perancang City itu bercadang menyertai Kompany, satu hari nanti.

“Saya harap kariernya akan gemilang di Anderlecht, sama seperti di City.

“Saya telah memberitahunya untuk sediakan satu tempat kosong dalam pasukannya untuk saya hadir apabila selesai bersama City.

“Jika dia melakukannya, saya sudah pun mempunyai destinasi dan tugas seterusnya.

“Saya sememangnya rindukan Kompany di City,” kata De Bruyne.-AGENSI