Bintang Brazil itu dikaitkan bakal meninggalkan kelab Sepanyol tersebut, selepas berdepan kesukaran mendapat tempat dalam kesebelasan utama, dengan Manchester United dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmatnya.

Ketibaan Antoine Griezmann semakin mengecilkan peluang Coutinho untuk berebut tempat dalam kesebelasan utama.

Ejen Coutinho, Kia Joorabchian berkata, dia menerima tawaran pinjaman selama dua tahun dari Liverpool dengan pilihan pembelian secara tetap pada harga 88 juta pound (RM454 juta) lapor media tempatan Sepanyol, Calciomercato.

“Saya fikir Liverpool berada di hatinya dan dia salah seorang peminat kelab itu sepanjang musim lalu. Dia berharap mereka memenangi gelaran dan secara peribadinya saya tidak fikir dia akan menyertai musuh Liverpool,” kata Joorabchian.

Coutinho menyertai Barcelona dari Liverpool dengan nilai 142 juta pound (RM733 juta) pada Januari 2018. - AGENSI