Hasil kaji selidik yang dijalankan oleh CIES Football Observatory mengenai berapa banyak setiap pasukan dalam empat liga terbesar Eropah iaitu EPL, La Liga, Serie A dan Bundesliga, memperuntukkan perbelanjaan kepada skuad masing-masing.

Seperti dijangkakan, dominasi daripada pasukan Liga Perdana memang tidak mengejutkan, dengan lima kelab berjaya dalam kelompok 10 terbaik.

Juara EPL, Manchester City yang mengukuhkan skuad mereka dengan membawa masuk Rodri menerusi rekod kelab bernilai 62 juta pound (RM318 juta) musim panas ini, telah melabur sebanyak 909 juta pound (RM4.67 bilion) dan mereka mengungguli kedudukan dalam senarai tersebut.

Antara perbelanjaan yang dilakukan City, termasuk pemain yang ditandatangani dengan harga mahal iaitu Kevin de Bruyne, Kyle Walker dan Riyad Mahrez. Apa yang mengagumkan, nilai skuad City ialah 32 kali lebih mahal berbanding pendatang baharu EPL, Norwich yang memiliki pasukan bernilai 28.7 juta pound (RM147 juta).

Juara Eropah, Liverpool turut berada dalam kelompok 10 terbaik, dengan skuad itu dianggarkan bernilai 573 juta pound (RM2.94 bilion). Manchester United , Arsenal dan Chelsea juga berada dalam kedudukan tersebut.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer berbelanja besar, musim panas ini setelah membawa masuk Harry Maguire dan Aaron Wan-Bissaka, manakala Arsenal juga memecah rekod perpindahan apabila mendapatkan khidmat Nicolas Pepe.

Berdasarkan perbelanjaan yang dilakukan Everton sejak beberapa tahun kebelakangan ini turut menyaksikan skuad Marco Silva itu memiliki pasukan yang lebih mahal berbanding juara Jerman, Bayern Munich, Borussia Dortmund, Roma dan Napoli. – AGENSI

1. Manchester City - 909 juta pound (RM4.67 bilion)

2. Paris Saint-Germain - 819 juta pound (RM4.20 bilion)

3. Real Madrid - 809 juta pound (RM4.15 bilion)

4. Manchester United - 673 juta pound (RM3.45 bilion)

5. Juventus - 645 juta pound (RM3.31 bilion)

6. Barcelona - 625 juta pound (RM3.21 bilion)

7. Liverpool - 573 juta pound (RM2.94 bilion)

8. Chelsea - 503 juta pound (RM2.58 bilion)

9. Atletico Madrid - 494 juta pound (RM2.53 bilion)

10. Arsenal - 447 juta pound (RM2.29 bilion)

11. Everton - 436 juta pound (RM2.24 bilion)

12. Tottenham - 417 juta pound (RM2.14 bilion)

13. AC Milan - 366 juta pound (RM1.88 bilion)

14. Inter Milan - 326 juta pound (RM1.67 bilion)

15. Bayern Munich - 316 juta pound (RM1.62 bilion)

16. Monaco - 312 juta pound (RM1.60 bilion)

17. Napoli - 292 juta pound (RM1.50 bilion)

18. Borussia Dortmund - 288 juta pound (RM1.47 bilion)

19. Leicester City - 280 juta pound (RM1.43 bilion)

20. Valencia - 239 juta pound (RM1.22 bilion)

Kedudukan 
20 pasukan termahal di dunia: