Penganalisis bola sepak di FiveThirtyEight memperkenalkan sistem di mana Everton, yang menamatkan musim mereka dalam Liga Perdana Inggeris 12 mata di belakang Red Devils, musim lepas, berada lapan tangga lebih baik dalam carta ranking tersebut.

Penyelidik bola sepak telah mencipta Soccer Power Index (SPI) yang meletakkan ranking berdasarkan penilaian serangan dan pertahanan yang telah dihasilkan pasukan terbabit.

Penilaian dibuat berdasarkan kepada jumlah gol yang dihasilkan kelab berkenaan sewaktu menentang sebuah pasukan biasa dan bilangan jaringan yang membolosi pintu gol mereka.

Penarafan itu dibuat oleh SPI yang memberikan kadar peratusan berdasarkan kemenangan yang diberi tiga mata, seri satu mata, dan kalah tiada mata.

Manchester City berada dalam ranking pertama dengan Bayern Munich, Liverpool, Barcelona dan Chelsea berada dalam kelompok lima terbaik.

PSG pula menghuni ranking keenam, manakala Real Madrid di tangga ketujuh, Tottenham di tempat ke-12, Juventus di kedudukan ke-15 dan Arsenal di tangga ke-28.

Tacoma Defiance, yang merupakan kelab divisyen kedua dalam liga bola sepak di Amerika Syarikat, dinilai sebagai pasukan paling teruk di dunia. - AGENSI

Ranking Kelab Bola Sepak Global oleh FiveThirtyEight:

1) Manchester City

2) Bayern Munich

3) Liverpool

4) Barcelona

5) Chelsea

6) PSG

7) Real Madrid

8) Atletico Madrid

9) Olympiacos

10) Ajax

...

12) Tottenham

...

15) Juventus

...

26) Everton

...

28) Arsenal

...

34) Manchester United