Mengakui pasukannya terkesan susulan kekalahan 0-1 di tangan Singapura, Rabu lalu, Cheng Hoe mahu barisan pemain negara belajar daripada kesilapan serta melihat keputusan mengecewakan itu dari sudut positif.

Beliau berkata, segala kritikan dilemparkan kepada pemain termasuk corak permainan pasukannya itu perlu diambil sebagai satu motivasi dan cabaran untuk lebih berjaya dalam perlawanan seterusnya.

"Kita nampak selepas perlawanan bukan saja penyokong, semua dalam stadium malam itu memang kecewa terutama pemain sendiri.

"Kadang-kadang kekalahan itu bukan sebab tidak bagus tetapi memang pemain sendiri tahu kemungkinan besar ada kelemahan antara satu sama lain.

"Saya harap pemain sudah pulih dari segi tenaga dan yang penting mentaliti kena kuat untuk berdepan Afghanistan.

“Sebagai jurulatih, saya masih ada keyakinan terhadap semua pemain dalam pasukan ini.

"Segala komen negatif, mereka kena ambil sebagai motivasi," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.- BERNAMA