Portugal adalah pasukan dalam suku akhir Euro 2008 dan separuh akhir Piala Dunia di Jerman dan bakal menghadapi Sweden di Porto, 28 Mac ini sebelum terbang ke Lausanne, Switzerland untuk bersaing dengan penganjur Piala Dunia 2010, Afrika Selatan, 31 Mac ini.

Deco yang disambar dari Barcelona musim lalu, mengalami kecederaan pada kakinya di saat Chelsea menang 1-0 pada persaingan Liga Perdana England ketika menentang Manchester City, Ahad lalu.

Jurulatih sementara Chelsea, Guus Hiddink pula menyuarakan keraguan, sama ada bekas pemain Porto itu mampu mengembalikan rentak pada musim ini.

Queiroz, bekas penolong kepada jurulatih Manchester United, Sir Alex Ferguson, juga telah memberi arahan pertama untuk memanggil penjaga gol Leixoes, Beco yang berusia 27 tahun termasuk penyerang tengah Atletico Madrid , Simao sementara rakan pasukan Deco, Ricardo Carvalho juga turut dipanggil selepas sembuh daripada kecederaan.

Persekutuan Bola Sepak Portugal mendedahkan Queiroz akan memanggil pemain simpanan selepas perlawanan domestik hujung minggu ini.

Portugal pasukan di tangga keempat Kumpulan Satu dalam kelayakkan Piala Dunia, di belakang pendahulu, Denmark. - AP