The Reds memulakan saingan liga dengan sempurna apabila memenangi empat perlawanan pertama musim ini malah memiliki kelebihan dua mata mengatasi City di puncak EPL.

Skuad kendalian Jurgen Klopp nyaris menjuarai EPL musim lalu selepas mencipta sejarah kelah dengan mengumpul 97 mata bagaimanapun mereka dipintas City di saat akhir.

Carragher yang pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama Liverpool percaya City masih kekal sebagai pasukan pilihan untuk memenangi EPL walaupun The Reds bermula dengan baik.

“Saya fikir masih terlalu awal. Saya fikir mungkin kita kena tunggu hingga Krismas. Saya rasa pada waktu itu Liverpool dan City akan menunjukkan perbezaan mata kerana buat masa sekarang terlalu sedikit.

“Namun, saya fikir City pasukan pilihan dan terbaik dalam EPL buat masa ini sebab mereka memenangi EPL dan mereka telah membuktikannya pada tahun lalu.

“Jadi, saya fikir Liverpool boleh mengatasi City tetapi mereka lebih baik,” katanya. - AGENSI