Pasukan bergelar Indomitable Lions itu hanya menang satu daripada empat perlawanan dalam kejohanan di Mesir yang menyebabkan Menteri Sukan negara berkenaan, Narcisse Mouelle Kombi meminta pasangan berkenaan ditamatkan kontrak.

Permintaan itu ditunaikan semalam apabila Persekutuan Bola Sepak Cameroon mengumumkan mereka menamatkan kontrak empat tahun ditandatangani Seedorf pada Ogos 2018.

Badan induk bola sepak negara itu dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan itu dibuat selepas Cameroon tersingkir awal.

Bekas pemain tengah AC Milan dan Belanda itu mengetuai 12 perlawanan, tetapi hanya menang empat kali berdepan Malawi, Comoros Islands, Zambia dan Guinea-Bissau.

Jawatan jurulatih itu adalah yang pertama buatnya di peringkat antarabangsa selepas berkhidmat di AC Milan dan Deportivo La Coruna di Sepanyol.-AGENSI