Cahill, 39 yang meledak 50 gol sepanjang 108 penampilan untuk skuad Socceroos dan bermain dalam empat edisi Piala Dunia berkata, dia tidak berhasrat mengintai kontrak baharu susulan hampir tamat tempoh perjajiannya bersama kelab dari Liga Super India, Jamshedpur.

Bekas penyerang Everton dan Millwall, yang sudahpun mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa pada November lalu berkata, dia kini mengintai untuk meneroka karier baharu iaitu sebagai jurulatih.

“Tidak, saya sudah tua di dalam bola sepak. Saya suka beraksi, anda tahu 39, mempunyai pengalaman enam bulan di India.

“Bagaimanapun saya berminat untuk berada di dalam televisyen, kini saya sudah memulakan lesen A kejurulatihan dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan berhibur sedikit.

“Saya mengambil masa untuk belajar lagi dan menjalani asas kejurulatihan selama beberapa jam.

Cahill berada di England selama 14 tahun bersama Millwall dan Everton, menjaringkan lebih 100 gol, sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat, China dan India.- AFP