Semalam, dua buah masjid di Christchurch menjadi sasaran serangan ketika umat Islam mahu menunaikan solat Jumaat.

Warga Australia berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Brenton Tarrant membunuh 41 orang di Masjid Al Noor, manakala tujuh mangsa lagi dibunuh di masjid berhampiran di Linwood dan seorang meninggal dunia di hospital.

“Berita mengerikan dari New Zealand pagi ini.

“Takziah kepada keluarga mangsa.

“Mereka yang tidak bersalah kehilangan nyawa di­sebabkan tindakan kejam ini,” kata Salah dalam media sosial.

Pemain tengah Tottenham, Moussa Sissoko turut melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi itu.

“Mereka sentiasa dalam ­ingatan.

“Doa saya juga buat mangsa serta keluarga mereka yang terlibat dalam serangan ngeri di New Zealand,” tulisnya.

Bintang bola sepak Jepun, Keisuke Honda turut menyuarakan kesedihan dan rasa simpati terhadap insiden malang itu.

“Saya tidak percaya tragedi seperti ini berlaku di New Zealand hari ini.

“Takziah buat mangsa dan keluarga mereka,” katanya.

“Ingatan dan doa saya kepada semua yang terlibat de­ngan tragedi di New Zealand,” kata penyerang Australia, Tim Cahill.

“Berita mengerikan dari New Zeland. Ingatan dan doa saya buat semua yang terlibat dengan tragedi ini,” kata penyerang Manchester City, ­Sergio Aguero. – AGENSI