Jaringan pada minit ke-75, hasil serangan balas Salomon Kalou memberi kelebihan buat Chelsea apabila mengulangi pertemuan kedua dengan lawan sama di Stamford Bridge minggu depan

Keputusan drastik tidak memasukkan Frank Lampard, Didier Drogba dan Michael Essien dalam kesebelasan utama tampak berbaloi.

Meskipun keputusan Di Matteo itu mengundang risiko yang tinggi - didorong keputusan seri 0-0 menentang Tottenham, minggu lalu, barisan tersebut berjaya mempamerkan permainan mantap, terbaik di luar gelanggang musim ini.

Apa pun, pengurus sementara itu tidak mahu Chelsea memandang mudah ke atas Benfica selepas ini memandang, pasukan lawan itulah yang bertanggungjawab menyingkirkan Manchester United daripada Kejohanan Eropah musim ini.

''Kita belum layak lagi. Adalah sangat bahaya jika kita sudah menganggap layak (akhir). Cumanya, kita berjaya menempatkan diri dalam situasi yang baik. Lagipun anda tidak boleh terlalu yakin dengan berbekalkan satu jaringan sahaja.

''Anda lihat rekod perlawanan Benfica dalam Liga Juara-Juara dan pastinya anda tidak mampu untuk tidur lena apabila mengetahui tentangnya,'' ujar Di Matteo.

Perlawanan semalam jauh berbeza jika dibandingkan dengan pertemuan peringkat awal menentang Napoli dalam 16 terakhir apabila mereka bangkit dengan kemenangan 3-1. - AFP