“Kekalahan (kepada Wales) jelas memberi tamparan hebat kepada KBVB, penyokong dan pasukan sendiri.

“Namun selepas perbincangan antara pengerusi dan jawatankuasa teknikal, satu keputusan telah dicapai iaitu tiada tindakan drastik akan diambil.

“Cuma satu penilaian semula akan dilakukan ke atas jawatankuasa kerja sukan dan operasi skuad kebangsaan kami,” kata KBVB.

Tumpuan terarah kepada jurulatih, Marc Wilmots yang dilaporkan te­lah memohon cuti khusus untuk memikirkan masa depannya bersama skuad negara itu yang tewas 1-3 kepada Wales.

Wilmots menerima kritikan hebat, terma­suk daripada pemainnya sendiri.

Antara yang mengkritik adalah penjaga gol, Thibaut Courtois yang menegaskan, kelemahan taktikal menjadi punca kegagalan negara itu walaupun Wilmots berkeras mengatakan kecederaan dan penggantungan melemahkan benteng pertahanannya. – REUTERS