hutang-puitang badan induk itu bagi tahun 2019.

Datuk Seri Amril Aiman Ab. Aziz, 31, berkata, hasrat tersebut hanya mampu direalisasikan jika usahawan batik itu melepaskan jawatan dengan segera.

Menurutnya, jumlah itu akan bertambah sekitar RM15 hingga RM20 juta bagi tahun 2020 yang merangkumi projek pembangunan bola sepak Kelantan di peringkat akar umbi.

“Untuk tahun ini, saya akan kukuhkan terlebih dahulu kewangan pasukan. Tahun 2020 kita akan perkemaskan pasukan untuk kembali semula ke Liga Super 2021,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Bibi Ramjani menasihatkan bakal penggantinya supaya mempunyai sumber kewangan cukup sebelum jika mahu menerajui badan induk tersebut.

Amril Aiman memberitahu, syarat Bibi Ramjani untuk melihat kekuatan kewangannya adalah tindakan yang disifatkan tidak wajar.

Katanya, perkara itu adalah hak multak dan peribadi seseorang sebagaimana yang dilakukan oleh Bibi Ramjani sendiri sebelum ini.

“Sebelum ini dia tidak pernah mengemukakan sumber kewangan semasa hendak mengambil alih KAFA (ketika bertanding), lagi pun perkara (soal kewangan) tiada dalam syarat untuk ambil alih persatuan.

“Tidak wajar untuk melihat kewangan dari pihak saya. Kenyataan secara terbuka jelas membuktikan kesediaan saya untuk mengambil alih KAFA,” ujarnya.

Amril Aiman berkata, beliau berharap Bibi Ramjani segera turun dari kerusi empuknya itu dan dia sedia melunaskan segala hutang tersebut.

Katanya, hutang itu termasuklah pinjaman ‘peribadi’ yang dilakukan oleh Bibi Ramjani untuk menggerakan KAFA.

“Bibi Ramjani itu penyewa lama dan saya orang baharu, jadi saya sudah bersedia untuk masuk ke dalam rumah itu (KAFA).

“KAFA kata oklah, nanti bayar deposit. Saya kata ok tetapi tiba-tiba Bibi cakap saya tak boleh masuk ke dalam rumah itu (KAFA).

“Kenapa saya perlu tunjuk kepada Bibi Ramjani? Itu (kewangan) adalah hak peribadi," katanya.