Pengurus Besarnya, Zuhairi Abdul Manaf berkata, siasatan oleh pihaknya mendapati Krishnasamy ,70, sebenarnya sedang mendapatkan rawatan akibat sakit kencing manis yang dihidapinya di sebuah pusat rawatan di Batu Maung di sini.

Ujar Zuhairi, ekoran penularan berita berkenaan telah memberi tekanan kepada anak -anak Krishnasamy yang dituduh tidak mempedulikan bapa mereka.

Sebelum ini dia tinggal bersama anak lelakinya, K. Thanaselam di Ayer Itam sejak lapan tahun lepas. Saya dimaklumkan, dia baharu dua bulan tinggal pusat ini dan gembira dengan kaedah rawatan yang diberikan secara percuma dan menurutnya berkesan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sempena kunjungan itu, Yakeb turut menyerahkan bantuan berjumlah RM500 selain memaklumkan bekas atlet berkenaan layak menerima bantuan sehingga RM25 000 sekiranya dirawat di hospital.

Turut hadir, bekas atlet olahraga negara, Datuk M. Rajamani, bekas pemain bola sepak negara, Datuk Shukor Saleh dan Datuk Mohamed Bakar serta bekas pelari pecut Olimpik negara, PLB
Peyadesa.

Pada kunjungan berkenaan, Yakeb turut menyerahkan bantuan kepada Peyadesa yang kematian isterinya, Jayalekshni semalam.

Sementara itu, Krishnasamy berkata, sejak mendapatkan rawatan di situ, luka pada bahagian ibu jari kakinya semakin sembuh dan dia dapat tidur nyeyak pada waktu malam.

Sebelum ini saya rasa seperti tidak mempunyai jari kerana kebas. Sejak dirawat di sini, saya beransur sihat. Terima kasih kepada rakan -rakan dan Yakeb yang melawat saya, katanya sebak.

Mengulas lanjut, Zuhairi berkata, pihaknya menghargai keprihatinan orang ramai namun perlu mendapatkan kesahihan sebelum menularkan sesuatu perkara melalui media sosial.

Sementara itu, Thanaselam mengucapkan terima kasih kepada Yakeb yang mengunjungi bapanya serta meminta orang ramai tidak membuat tuduhan melulu kepada keluarganya. - UTUSAN ONLINE