Pemain Armenia itu menyertai Roma secara pinjaman bagi membolehkannya menikmati permainan dalam Serie A.

Mkhitaryan teruja untuk mendapatkan lebih minit permainan, menceritakan pengalamannya sepanjang berada di Emirates.

"Sekarang saya berada di Rom dan perlu fokus kepada mereka. Ini bukan langkah ke belakang kerana corak permainan berkualiti dipamerkan di sini. Saya mahu mengubah selera dan bagi saya ini peluang yang perlu direbut.

"Saya akan menikmati bola sepak, tidak kira di mana saya berada. Saya sudah lama tidak berasa gembira. Mungkin saya tidak sesuai dengan bola sepak Inggeris.

"Saya tidak akan berputus asa dan berjuang hingga tamat. Saya tidak takutkan tekanan, saya sudah biasa dan bersedia untuk menghadapi pasukan hebat.

"Serie A menawarkan peluang yang hebat, saya tidak menunggu lama untuk menerimanya. Kami tidak pernah bercakap tentang duit," katanya. - AGENSI