Dua pemain The Gunners itu menjadi sasaran cubaan rompakan kereta, Julai lalu sambil kelab mengetepikan mereka daripada aksi menentang Newcastle atas faktor keselamatan.

Susulan insiden di rumah Ozil itu, dua lelaki kemudian didakwa kerana bertengkar dengan staf keselamatan.

Mertesacker berkata, pemain diberikan nasihat selepas insiden itu.

“Terdapat perbincangan serius mengenai kumpulan di London serta isu-isu keselamatan.

“Jenis kereta yang dipandu serta barang hiasan yang digunakan.

“Jadi, awak perlu lebih berhati-hati kerana apa sahaja boleh berlaku tanpa mengira waktu. Ini adalah contoh yang perlu anda elak.

Ozil masih belum beraksi buat Arsenal musim ini sambil Kolosinac sudah melakukan dua penampilan buat The Gunners.-AGENSI