AMRIL AIMAN AB AZIZ

Amril Aiman berkata, pertemuan itu bagi menyahut seruan Bibi Ramjani Ilias Khan yang mahukan beliau bertemu Affandi seandainya betul-betul berminat mahu mengemudi KAFA.

Menurutnya, pertemuan itu amat penting bagi membolehkan beliau mendapatkan maklumat lengkap mengenai KAFA seterusnya membolehkan persiapan awal dilakukan.

“Saya berharap proses peralihan kuasa ini berjalan dengan lancar bagi memastikan prestasi TRW dapat dipulihkan semula.

“Namun begitu, harus diingat proses ini mungkin mengambil masa yang agak lama antara sebulan hingga ke dua bulan,” katanya.

Akhbar tempatan semalam melaporkan, Bibi Ramjani mahu Amril Aiman segera bertemu dengan Affandi sekiranya berminat mengambil alih pucuk pimpinan badan induk itu.

Amril Aiman memberitahu, sebagai permulaan ia akan membawa masuk dana berjumlah RM2 hingga RM3 juta bagi menyelamatkan pasukan sejurus mendapat mandat.

Katanya, langkah awal itu bagi menyelesaikan tunggakan gaji pemain dalam usaha menggelakan pasukan daripada tersingkir ke Liga M3 musim depan. - UTUSAN ONLINE