Hamidin berkata, skuad B-15 negara perlu berusaha tiga kali ganda jika mahukan kejayaan konsisten dalam kejohanan tersebut yang diadakan di Laos pada 18 hingga 22 September ini.

"Sememangnya diusia begini kita lebih mementingkan pembangunan berbanding kemenangan tetapi penting juga untuk kita kekal konsisten.

"Selepas menjuarai Piala AFF B-15 di Chonburi, Thailand, 9 Ogos lalu, saya yakin ramai yang akan memandang kita sebagai pesaing hebat maka pastinya mereka mahu menundukkan kita.

"Maka penting untuk kita berusaha lebih gigih dengan menumpukan sepenuh perhatian pada kejohanan dan sentiasa patuhi arahan jurulatih," kata Hamidin pada majlis meraikan skuad kendalian jurulatih P. Maniam sebelum berlepas ke Laos, Jumaat nanti.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan J pada Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-16 AFC 2020 menentang Jepun, Kemboja dan Laos. - UTUSAN ONLINE