Penjaga gol utama The Reds terpaksa diketepikan selepas cedera betis ketika beraksi menentang Norwich di Anfield.

Sepanjang ketiadaannya, bekas penjaga gol West Ham, Adrian yang menyertai Liverpool pada musim panas lalu telah mengisi kekosongan tersebut.

"Ali sedang bekerja dengan Dave (Rysdings) di gim kerana dia perlu meningkatkan kekuatannya dan cuba memperbaiki kecergasannya.

"Dalam tempoh beberapa hari ini dia sudah berlatih di padang. Dia menunjukkan perubahan positif namun sukar untuk katakan berapa lama proses ini akan dilakukan.

"Pasti memerlukan masa dan kami tidak tahu, jadi kami lihat perkembangannya setiap hari dan daripada situ kita boleh mendapat jawapan," kata Achterberg.

Liverpool memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan positi apabila memenangi kesemua empat perlawanan dan hanya boleh tiga sahaja. - AGENSI