Berita tersebut diumumkan oleh penaja utama TRW Tan Sri Annuar Musa dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Annuar berkata, perlantikan Gonzalez itu merupakan salah satu usaha ke arah memperkasakan TRW untuk mengharungi baki saingan Liga Super.

Menurutnya, usaha memperkasakan TRW itu dibuat berpandukan kepada permintaan yang dibuat oleh pengendali pasukan Zahasmi Ismail.

"Zahasmi akan meneruskan tugasan sebagai pengendali pasukan dan Gonzales akan bergandingan dengannya untuk mengembalikan semula TRW ke landasan sebenar.

"Pemilihan Gonzales ini dibuat berdasarkan kepada pengalaman dan rekodnya sebagai jurulatih di peringkat antarabangsa," katanya.- UTUSAN ONLINE