Minggu lalu, pemain antarabangsa Mesir itu diumumkan, bukan hanya tersenarai dalam individu paling berpengaruh, tetapi dia juga terpilih salah seorang daripada enam bintang untuk menjadi penghias muka depan bagi edisi khas majalah tersebut.

Salah menghadiri majlis penuh glamor di samping beberapa bintang ternama dunia.

Pemain berusia 26 tahun itu juga sempat bergambar dengan aktres Game of Thrones, Emilia Clarke dan pemenang Oscar, Rami Malek.

Pelawak terkenal Amerika Syarikat, Jimmy Fallon turut memanfaatkan kesempatan bergambar dengan Salah di karpet merah.

Namun, apa yang menjadi tumpuan ialah apabila bintang bola sepak wanita Amerika Syarikat, Alex Morgan, mengakui pertemuannya dengan Salah telah menjadikan dia sebagai penyokong Liverpool.

Dalam satu perkongsian menerusi akaun Instagram, pemenang pingat emas Sukan Olimpik itu berkata: “Memakai busana berwarna merah sewaktu saya bertemu Mo Salah, ini bermakna Liverpool FC anda kini mempunyai peminat yang baharu.”

Pemain berusia 29 tahun itu, yang memenangi Piala Dunia Wanita pada 2015 merupakan penyerang kelab Orlando Pride.

Morgan turut pernah memenangi Liga Juara-Juara pada 2017 sewaktu dia mewakili kelab Perancis, Lyon dan kini memiliki seramai 12.5 juta pengikut dalam media sosial. - AGENSI