Kelab Belanda itu gagal mendapatkan tempat secara automatik ke saingan kumpulan, meskipun menjuarai Liga Belanda buat kali ke-34 dan berjaya menjejakkan kaki sehingga ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Jika mereka menewaskan PAOK, skuad bimbingan Erik ten Hag itu perlu pula memenangi aksi play-off bagi menyertai Liverpool, Real Madrid dan Juventus ke pertandingan utama itu.

Perlawanan tersebut dijangka sukar buat Ajax setelah mereka kehilangan beberapa tonggak dari skuad muda berbakat tersebut.

Pertahanan, Matthijs de Ligt telahpun sah menyertai Juventus, manakala pemain tengah, Frenkie de Jong kini bergelar pemain Barcelona.

PAOK pula masih belum ditimpa kekalahan selepas menjuarai Liga Super Greece, setelah menamatkan saingan dengan kelebihan lima mata di depan Olympiakos. Kelab itu merangkul gelaran liga buat kali pertama sejak lebih tiga dekad. - AFP

Undian pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara:

PAOK (GRE) lwn Ajax (NED)

Krasnodar (RUS) lwn Porto (POR)

Club Brugge (BEL) lwn Dynamo Kiev (UKR

CFR Cluj (ROU)/Maccabi Tel-Aviv (ISR) lwn Celtic (SCO)/Nomme Kalju (EST)

Sutjeska (MNE)/APOEL (CYP) lwn Dundalk (IRL)/Qarabag (AZE)

Saburtalo (GEO)/Dinamo Zagreb (CRO) lwn Ferencvaros (HUN)/Valletta (MLT)

Red Star Belgrade (SRB)/HJK Helsinki (FIN) lwn The New Saints (WAL)/FC Copenhagen (DEN)

Maribor (SVN)/AIK (SWE) lwn BATE Borisov (BLR)/Rosenborg (NOR)

Istanbul Basaksehir (TUR) lwn Viktoria Plzen (CZE)/Olympiakos (GRE)

PSV Eindhoven (NED)/Basel (SUI) lwn LASK (AUT)