Keputusan tersebut diambil selepas beberapa jam PFA dalam satu kenyataannya memaklumkan mengenai pengantungan jawatan Ahmad Amizal sebagai presiden badan induk bola sepak itu.

Ahmad Amizal berkata, surat perletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Penolong Setiausaha PFA selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk atas desakan penyokong.

“Saya ucap terima kasih kepada semua pihak yang pernah membantu sepanjang empat bulan saya sebagai Presiden PFA. Saya memohon sejuta kemaafan kepada para peminat dan penyokong bola sepak Perlis atas kegagalan sy memimpin persatuan bola sepak negeri ini.

“Saya sudah buat yang terbaik demi menaikkan kembali nama Perlis...Setakat ini sahaja yang saya mampu. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya di sini, hari ini.- UTUSAN ONLINE