Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Tanah Merah Kamarudin Mohamad berkata, bagaimapun pihaknya enggan mendedahkan individu yang mahu diangkat sebagai Presiden KAFA.

Menurutnya, calon sebelum ini Datuk Seri Amril Aiman Ab Aziz bukan pilihan utama PBJ untuk diangkat bagi menduduki kerusi No.1 KAFA itu.

Ujarnya, Amril Aiman bukan calon yang dilihat sesuai untuk mengemudi KAFA berpandukan kepada situasi kritikal ketika ini.

“Berpandukan kepada kepada batang tubuh ahli politik itu, kita dapati beliau mempunyai aura untuk menarik ‘pitis’ bagi menggerakkan pasukan, sekali gus mampu menyelamatkan TRW pada masa akan datang,” katanya.

Utusan Malaysia pada 30 April lalu melaporkan, Amril Aiman menawarkan diri untuk menggantikan Bibi Ramjani sebagai Presiden KAFA.

Biarpun baru berusia 31 tahun, Amril bukan sahaja mempunyai 
latar belakang kewangan yang kukuh, malah berpengalaman luas dalam bola sepak dan pernah menjadi pengurus skuad Belia Kelantan pada 2017.

Di bawah kepimpinan Bibi Ramjani, Kelantan gagal menyerlah selain terpalit dengan beberapa isu terutamanya tunggakan gaji pasukan sehingga TRW terjerumus dari Liga Super ke Liga Perdana.

Usahawan batik itu, sebelum ini menerima desakan hebat daripada PBJ, kelab penyokong dan bekas pemain untuk melepaskan jawatan itu apabila Kelantan berada dikedudukan tercorot saingan liga premier musim ini. - UTUSAN ONLINE.