England bagaimanapun dikejutkan dengan gol awal Kosovo di Stadium St. Mary tetapi Raheem Sterling memacu semula kebangkitan Three Lions untuk berada di hadapan 5-1 sebelum waktu rehat.

Sterling mencipta dua bantuan jaringan buat pemain sayap Borussia Dortmund, Sancho, untuk membolehkan pemain muda itu muncul nama termuda menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan buat England sejak Wayne Rooney melakukannya pada 2004.

“Ia satu larian daripada Sterling, dia menemui saya dan saya menyudahkannya.

“Ia memberi banyak makna buat saya dan keluarga, hari yang istimewa.

“Saya mendedikasikan jaringan itu kepada nenek yang menjadi peminat utama saya. Malangnya, dia sudah meninggal dunia,” kata Sancho.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu memberi reaksi positif selepas kesilapan Michael Keane membolehkan Valon Berisha menjaringkan gol pertama daripada dua jaringan yang dihasilkan ketika permainan memasuki 34 saat.

Selepas rehat, England melepaskan dua lagi gol dan Sancho sedar barisan pertahanan perlu meningkatkan prestasi walaupun meraih kemenangan dalam keempat-empat perlawanan Kumpulan A.-AGENSI