Pertahanan Reds itu menjadi perancang kepada dua gol Liverpool sewaktu membelasah Huddersfield 5-0, Sabtu lalu.

Usahanya itu mengatasi 10 bantuan yang dilakukan Robertson dan pemain itu menyempurnakan cabaran yang dibuat oleh Oxlade-Chamberlain.

Pemain tengah tersebut, yang kembali ke pangkuan Liverpool selepas diketepikan selama 367 hari, bersetuju untuk menggantung bingkai yang mengandungi jersi Robertson No. 26 beserta tandatangan bek kiri itu, bersebelahan dengan jersi Lionel Messi di kediamannya jika kapten Scotland tersebut melakukan bantuan berganda.

“Saya mahu bingkai jersi saya digantung dihujung kepala katilnya, jadi dia akan sentiasa ingatkan saya setiap kali hendak tidur.

“Pada permulaan musim, saya berasakan ia agak melucukan. Kata Oxlade: “Jika awak melakukan 10 bantuan dalam Liga Perdana, tandatangan jersi dan saya akan letakkan di dinding rumah”.

“Saya tidak rasa dia menjangkakan saya berjaya melakukannya dan dia mula panik, tetapi saya gembira dapat mencapai jumlah tersebut dan jersi Robertson No. 26 akan digantung di dinding pada musim depan!,” kata Robertson kepada laman web rasmi Liverpool. - AGENSI