Skuad bimbingan Jurgen Klopp adalah satu-satunya pasukan yang mencapai 100 peratus kemenangan selepas menumpaskan Arsenal 3-1 awal pagi tadi menerusi tiga kejayaan berturut-turut.

Kejayaan tersebut bagaimanapun tercalar dengan bolos pada kesemua lima perlawanan dalam semua pertandingan, termasuk aksi Perisai Komuniti.

“Kami tahu jika kami membuat perkara yang betul, bermain dengan kekuatan, bertahan dengan cukup baik dan cukup klinikal di depan pintu gol, kami berupaya ‘menyakitkan’ mereka.

“Kami berjaya melakukannya, jadi secara keseluruhan persembahan kami sangat baik. Jika kami mahu kritikal yang tulen, kami kecewa dengan jaringan. Saya perlu membuang bola dalam kotak penalti.

“Apa pun kami telah memungut tiga mata penting, sangat sukar saingan di Liga Perdana. Satu lagi persembahan mengagumkan dari Liverpool,” kata kata Liverpool.- AFP