Timbalan Presiden PFA yang menjalankan tugas presiden, Mohd. Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan menegaskan, tindakan Ahmad Amizal yang melepaskan jawatan sebagai presiden berkuat kuasa serta merta tanpa pengetahuan barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) langsung tidak boleh diterima.

Katanya, Ahmad Amizal perlu bertanggungjawab menyelesaikan segala tunggakan gaji pemain selaras dengan perjanjian ketika beliau mengambil alih PFA pada Oktober tahun lalu.

“Kita tidak akan lepaskan dia (Ahmad Amizal) selepas apa yang berlaku terhadap Perlis. Dia perlu selesaikan segala tunggakan gaji pemain, jangan sesekali lepas tangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Amizal mengumumkan melepaskan jawatan sebagai presiden berkuat kuasa serta merta selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk atas desakan penyokong dan rakyat negeri ini.

Keputusan melepas jawatan itu diambil selepas beberapa jam PFA dalam satu kenyataannya memaklumkan mengenai pengantungan jawatan Ahmad Amizal sebagai presiden badan induk bola sepak itu.- UTUSAN ONLINE