Semenyo ucap selamat tinggal dengan gol dramatik

Semenyo ucap selamat tinggal dengan gol dramatik

ANTOINE SEMENYO - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOURNEMOUTH: Antoine Semenyo mengucapkan selamat tinggal kepada Bournemouth dengan menjaringkan gol kemenangan dramatik 3-2 sekali gus menambah tekanan ke atas pengurus Tottenham, Thomas Frank yang kini dalam bahaya.

Semenyo berada di ambang perpindahan bernilai kira-kira 65 juta pound (RM355 juta) ke Manchester City dan penyerang Ghana itu memastikan perlawanan terakhirnya bersama Cherries menjadi satu kenangan manis.

Pada hari ulang tahunnya yang ke-26, Semenyo menjaringkan gol ke-10 musim ini pada masa kecederaan di Stadium Vitality, sekali gus meletakkan Frank dalam keadaan tertekan.

Bournemouth, menamatkan kemarau 11 perlawanan tanpa kemenangan hasil hadiah perpisahan Semenyo, kini ketinggalan satu mata di belakang Tottenham di bawah kelompok pertengahan liga.

Semenyo menerima tepukan gemuruh apabila dia dikeluarkan beberapa saat kemudian sebelum disambut nyanyian penyokong Bournemouth selepas kembali ke padang sebaik wisel penamat dibunyikan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN