NEWCASTLE: Ketua jurulatih Newcastle, Eddie Howe tetap berpuas hati dengan pasukannya meskipun tewas 2-1 kepada Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara di laman sendiri, semalam.
“Banyak komitmen, banyak semangat daripada para pemain. Saya rasa ia satu persembahan yang baik tetapi bukan luar biasa dan untuk menewaskan Barcelona, ia perlu satu persembahan yang luar biasa.
“Kami mempunyai peluang. Dua detik penting dalam separuh masa pertama yang kami gagal manfaatkan dan akhirnya, apabila anda bolos gol pertama, perlawanan berubah sepenuhnya pada ketika itu,” kata Howe.
Dua gol Barcelona dijaringkan Marcus Rashford namun usaha Newcastle untuk bangkit tidak kesampaian selepas mereka memperoleh satu jaringan menerusi Anthony Gordon pada minit ke-90. – AGENSI










