Cheng Hoe akui cabaran lebih besar

Cheng Hoe akui cabaran lebih besar

CKLAMOVSKI (kanan) bersama Pengarah Teknikal Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam sidang akbar di Wisma FAM, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyifatkan cabaran dan tanggungjawab lebih besar dipikulnya ketika ini sebagai Pengarah Teknikal pasukan Harimau Malaya.

Cheng Hoe yang telah memulakan tugas sejak bulan lalu tampil kali pertama pada sidang media skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Jelasnya, cabaran dan tugas yang terpaksa dihadapi ketika ini berbeza dengan peranan yang dimainkan semasa menjadi pengendali skuad kebangsaan sebelum ini.

“Ia memang satu cabaran untuk saya. Kalau sebelum ini saya berada di atas padang, tetapi kali ini tugas saya (banyak) di luar padang. Saya amat teruja dengan projek yang dijalankan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

“Ia memberi peluang kepada saya untuk kembali bersama pasukan Harimau Malaya. Ini adalah satu projek yang mencabar untuk saya. Apapun, saya yakin Harimau Malaya akan dapat melangkah lebih jauh selepas ini,” katanya.

Menurut Cheng Hoe, antara fokus utamanya ketika ini adalah untuk membantu skuad Harimau Malaya bimbingan Peter Cklamovski layak beraksi di Piala Asia 2027.

Beliau mengakui projek revolusi Harimau Malaya yang dilakukan tampak lebih teratur, selain gabungan pemain warisan dan tempatan mampu meletakkan skuad negara ke tahap lebih baik.

“Kita boleh nampak perubahan sekarang dan fokus adalah pada kempen kelayakan Piala Asia di mana ia agak mencabar.

“Saya yakin dengan kemampuan dan pengalaman jurulatih (Cklamovski) yang mampu membawa pasukan ke tahap berbeza. Perlawanan pertama ketika menentang Nepal juga dapat lihat berlainan dari segi permainan,” jelasnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN