Banyak kelab ‘bungkus’ jika MFL bertegas

Banyak kelab ‘bungkus’ jika MFL bertegas

Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih banyak kelab kempunan beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) sekiranya Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bertegas dan tidak melanjutkan tempoh permohonan Lesen kebangsaan.

Perkara itu diakui oleh Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim yang melihat tindakan penganjur Liga M itu ada rasionalnya demi menjaga kelestarian liga bola sepak di Malaysia.

“Ada terfikir (MFL tak adil) tetapi ini bukan perkara baharu. Ya, nampak tak adil kepada pasukan yang taat pada arahan, namun kalau MFL terlalu bertegas dalam hal ini, alamatnya banyak kelab tidak akan dapat lesen,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Zulakbal, MFL sudah pasti mengetahui keadaan semasa sebahagian besar kelab Liga M sebelum mengambil keputusan melanjutkan tarikh pelesenan kebangsaan.

“Kena ingat, MFL merupakan syarikat yang dimiliki oleh FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) jadi, sudah tentu dalam MFL ada wakil daripada persatuan bola sepak negeri.

“MFL terpaksa mempertimbangkan banyak perkara jadi kalau nak salahkan mereka kerana terlalu berlembut pun tak boleh juga. Ini kerana MFL tahu apa kekangan yang dihadapi oleh kebanyakan kelab Liga M.

“Mungkin ada kelab yang baru ada duit nak bayar KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Orang luar cakap senang sebab beban itu tiada di atas bahu sendiri,” katanya.

Terdahulu, MFL melanjutkan tarikh permohonan lesen kebangsaan kepada 10 Mei ini yang pada asalnya berakhir, 30 April lalu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya