KL City mahu akhiri Liga Super dengan kemenangan

KL City mahu akhiri Liga Super dengan kemenangan

Kuala Lumpur City menutup saingan Liga Super musim ini dengan berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur City FC (KL City) FC perlu bangkit dalam aksi terakhir Liga Super musim ini apabila turun melayan kunjungan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Pengendalinya, Miroslav Kuljanac berkata, kekalahan dua kali berturut-turut kepada Perak FC dan Penang FC perlu dilupakan segera dan anak buahnya perlu menutup kempen musim ini dengan meraih tiga mata penuh ke atas KDN FC.

“Saya harap kami dapat menang perlawanan berikutnya berdepan Kelantan dan ia bukan situasi yang baik ketika ini.

“Ia selepas kami tewas dalam dua perlawanan berturut-turut dan kita perlu menang perlawanan berikutnya,” kata jurulatih dari Croatia itu.

Ujarnya lagi, pelbagai rintangan berjaya diharungi pemainnya sepanjang musim ini dan beliau mahu pasukan memanfaatkan aksi di tempat sendiri untuk hadiahkan kemenangan kepada penyokong setia The City Boys.

“Musim yang sukar dengan banyak masalah dihadapi. Kadang-kala kami bermain baik dan saya harap kami dapat menang dalam perlawanan terakhir.

“Apa lagi yang mampu dikatakan, kami kehilangan enam mata dan kita akan lihat apa yang boleh ditingkatkan,” katanya.

KL City kini menghuni tangga keenam liga dengan mengumpul 28 mata dan apa jua keputusan dalam aksi terakhir itu tidak akan mengubah kedudukan di pertengahan liga.

Untuk aksi berdepan KDN FC, skuad Warga Kota membuat tawaran istimewa apabila menawarkan tiket serendah RM3 buat penyokong yang berusia tujuh hingga 18 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya