Barcelona, Real berentap di final Copa del Rey

Barcelona, Real berentap di final Copa del Rey

BARCELONA mara ke final Copa Del Rey selepas menumpaskan Atletico Madrid dengan agregat 5-4.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Barcelona dan Real Madrid akan berentap di pentas final bagi merebut kejuaraan Copa del Rey dalam aksi yang dijadualkan berlangsung pada 26 April ini.

Ferran Torres menjadi wira Barcelona selepas meledak gol tunggal ketika perlawanan separuh akhir kedua dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid, semalam untuk melangkah ke final dengan agregat 5-4.

Pasukan yang memegang rekod dengan 31 kemenangan Copa del Rey itu lebih dominan dalam pertembungan di Stadium Metropolitano selepas seri 4-4 dalam aksi separuh akhir pertama.

Barcelona kini berpeluang merangkul empat gelaran musim ini dan mereka tidak tewas sejak awal tahun 2025, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah kepada 21 perlawanan.

Atletico adalah pasukan terakhir yang menewaskan Barcelona, memenangi perlawanan sebelum Krismas untuk menduduki tangga teratas La Liga, tetapi kini mereka ketinggalan sembilan mata di belakang pasukan kendalian Hansi Flick dengan sembilan perlawanan berbaki.

“Kita tidak boleh bertenang kita perlu terus percaya dan bekerja dengan rendah hati dan saya pasti perkara yang baik akan datang.

“Jika final sudah menjadi motivasi yang besar, bayangkan apabila bermain menentang saingan utama (Real Madrid) anda,”kata Torres.

Terdahulu, Real menewaskan Real Sociedad 5-4 secara agregat selepas seri 4-4 di Santiago Bernabeu, kelmarin.

Atletico terus ditimpa malang, apabila sebelum ini tersingkir dari Liga Juara-Juara (UCL) melalui sepakan penalti di tangan Real, pada pusingan 16 terakhir dan Copa del Rey menjadi peluang paling realistik mereka untuk memenangi piala musim ini namun impian itu dimusnahkan Barcelona.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya