Sorakan Old Trafford dorong United bangkit

Sorakan Old Trafford dorong United bangkit

ANTONY (kiri) meraikan gol kemenangan Manchester United ketika menentang Barcelona dalam aksi Liga Europa di Old Trafford, pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Bintang tengah Manchester United, Bruno Fernandes memuji sorakan padu penyokong di Old Trafford kerana membantu mereka bangkit menundukkan Barcelona 2-1 dalam aksi Liga Europa, pagi tadi.

Sepakan penalti Robert Lewandowski meletakkan Barcelona mendahului 1-0 seawal minit ke-19.

Fernandes menghadiahkan penalti kepada pasukan pelawat kerana menarik Alejandro Balde hingga terjatuh, dan Lewandowski menyempurnakan tendangan dengan baik.

Begitupun, jaringan Fred dan rembatan Antony pada babak kedua membolehkan United mengubah perlawanan, sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 akhir secara agregat 4-3.

“Kepercayaan terhadap pasukan sentiasa wujud.

“Bagi kami, kepercayaan peminat amat menakjubkan. Mereka memberi dorongan untuk kami melalui detik-detik sukar musim ini.

“Musim ini, kami beraksi bagus, sangat bagus. Ini sesuatu yang berbeza di antara kami dan penyokong.

“Kami memiliki sesuatu yang istimewa dan mereka dapat melihat bahawa kami mencurahkan yang terbaik demi memenangi perlawanan buat mereka,” kata Fernandes kepada BT Sport. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.