Chelsea pecah rekod Britain beli Enzo RM560.82 juta

Chelsea pecah rekod Britain beli Enzo RM560.82 juta

ENZO FERNANDEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea menandatangani pemenang Piala Dunia, Enzo Fernandez dari Benfica dengan rekod Britain, 106.8 juta pound (RM560.82 juta), umum kelab Portugal itu hari ini.

Bintang tengah berusia 22 tahun itu dinobat sebagai Pemain Muda Terbaik Piala Dunia selepas cemerlang membantu Argentina muncul juara di Qatar.

Harga 106.8 juta mengatasi rekod lama, 100 juta pound (RM525.19 juta) yang dibayar oleh Manchester City kepada Aston Villa ketika mendapatkan Jack Grealish pada 2021.

Fernandez baru menyertai kelab Portugal itu pada Julai tahun lalu dengan yuran sekitar 10 juta pound (RM52.52 juta).

Dia menandatangani perjanjian lapan tahun setengah hingga 2031.

Konsortium yang diketuai Todd Boehly telah mengeluarkan ratusan juta sejak membeli Chelsea pada hujung musim lalu dengan harapan dapat mengeluarkan kelab itu dari kedudukan ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya