Skuad B-16 bermula langkah kanan di Piala AFF 2022

Skuad B-16 bermula langkah kanan di Piala AFF 2022

PEMAIN negara meraikan jaringan ketika menumpaskan Kemboja 3-0 dalam perlawanan pembukaan Piala AFF B-16 di Jakarta, Indonesia sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Skuad bola sepak bawah 16 tahun negara (B-16) memulakan kempen memburu Kejuaraan B-16 AFF 2022 dengan langkah kanan selepas menewaskan Kemboja, 3-0 sebentar tadi.

Bergelar juara pada 2013 serta edisi terakhir 2019 anak didik Osmera Omaro yang turun pada aksi pertama Kumpulan C di Stadium Maguwoharjo Sleman, Jakarta tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata penuh.

Corak permainan agresif dan serangan dipamerkan skuad B-16 sebaik wisel ditiupkan pengadil perlawanan dari Laos, Khamsing Xaiyavongsy nyata memberi tekanan kepada lawan.

Malaysia tidak menunggu lama untuk berada didepan menerusi jaringan penyerang muda, Arami Wafiy Zakimi pada minit keenam.

Barisan pemain muda negara seharusnya mampu menamatkan 45 minit babak pertama dengan kelebihan beberapa jaringan jika dilihatkan peluang terhidang namun keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Anak didik Osmera semakin selesa selepas jaringan gol sendiri pemain Kemboja, Tum Sophat pada minit ke-58 meletakkan Malaysia dua gol didepan sebelum Faris Danish Asrul menjaringkan gol ketiga pasukan menerusi tandukan pada minit ke-78 untuk menewaskan penjaga gawang Kemboja, Ron Chongmieng.

Walaupun Kemboja cuba memberikan saingan untuk mendapatkan gol sulung namun kekentalan dan tahap disiplin dipamerkan skuad B-16 memastikan keputusan 3-0 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.

Sementara itu pada satu lagi perlawanan dalam kumpulan yang sama, Myanmar melakar kejutan apabila menewaskan Australia, 3-2.

Pada kejohanan Piala AFF B-16 di Yogyakarta, Indonesia bermula 31 Julai hingga 12 Ogos 2022 menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Kemboja, Myanmar dan Laos.

Selepas ini skuad B-16 ini akan berdepan Myanmar pada 5 Ogos dan aksi terakhir kumpulan menentang Australia pada 8 Ogos 2022.

Tiga pasukan juara kumpulan serta satu pasukan terbaik di tempat kedua akan layak ke separuh akhir pada 10 Ogos manakala perlawanan penentuan tempat ketiga dan Final dijadual berlangsung pada 12 Ogos 2022 di Stadium Maguwoharjo Sleman.

Pada edisi 2019, Malaysia menjuarai Piala AFF B-16 buat kali kedua selepas menewaskan tuan rumah iaitu Thailand 2-1 pada aksi final di Stadium IPE Chonburi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya