AUG: Harimau Siswa mahu kejutkan Thailand di final

Harimau Siswa mahu kejutkan Thailand di final

AKSI skuad negara ketika mengikat Thailand 2-2 dalam peringkat kumpulan di Stadium Universiti Ubon Ratchathani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UBON RATCHATHANI: Pasukan bola sepak negara di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 yang diberikan nama jolokan Harimau Siswa mahu mencipta kejutan merebut ibu segala pingat dalam aksi final menentang Thailand esok.

Malaysia layak ke final buat kali kedua dalam sejarah penyertaan ke AUG namun, akan berdepan tugas sukar untuk menentang Thailand  yang turun beraksi di laman sendiri di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat.

Bagaimanapun, semua itu bukan masalah besar buat anak-anak buah Ridzuan Abu Shah kerana mereka telah membuktikan kemampuan dengan mengikat juara bertahan itu 2-2 dalam aksi di peringkat kumpulan sebelum ini.

Bagi ketua pasukan, Muhammad Aliff Najmi Shaani, dia dan rakan sepasukan akan memanfatkan peluang menjejakkan kaki ke final itu sebaik mungkin untuk menghadiahkan ibu segala pingat buat kontinjen negara di AUG kali ini.

“Ini adalah peluang untuk pasukan bola sepak cipta sejarah, kami akan berikan komitmen 100 peratus di atas padang nanti untuk pastikan emas menjadi milik kontinjen negara. Peluang di final nanti adalah seimbang untuk Malaysia dan Thailand.

“Bagaimanapun, kita akan ambil peluang ini akhiri dominasi Thailand dalam acara bola sepak. Kita akan lihat bagaimana taktikal daripada jurulatih, mungkin adalah perubahan memandangkan Thailand juga pasti sudah kaji kelebihan kita.

“Di peringkat kumpulan kita berjaya mengikat mereka (Thailand ) 2-2 sama. Saya percaya jurulatih sudah mencaturkan strategi terbaik untuk kami, saya harap rakan-rakan dapat ikut segala arahan diberikan jurulatih nanti,” katanya.

Sementara itu, Ridzuan memaklumkan, dia akan merangka taktikal baharu untuk berdepan Thailand di final esok bagi memastikan kejayaan menjadi milik Malaysia sekali gus membawa pingat emas pertama dalam acara bola sepak.

“Kita akui Thailand adalah pasukan yang kuat dan telah menang setiap edisi AUG namun, saya harap pemain kita akan pamerkan semangat juang yang tinggi dan saya juga akan buat pertukaran taktikal dan kedudukan pemain.

“Kita akan kuatkan bahagian pertahanan dan berharap dapat melakukan sesuatu menerusi serangan balas dalam perlawanan akhir nanti. Ada beberapa pemain hadapi kecederaan ringan namun, masih boleh diturunkan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya