Kelantan FC kekal di puncak Liga Perdana

Kelantan FC kekal di puncak Liga Perdana

Aksi Kelantan FC dan Kelantan United berakhir 1-1.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengdahulu Liga Perdana, Kelantan FC gagal memanfaatkan peluang untuk melebarkan jurang mata di puncak Liga Perdana selepas sekadar seri 0-0 dengan Kelantan United sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu , kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan namun gagal untuk menjaringkan gol sekali gus sekadar berpuas hati berkongsi satu mata.

Perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan cuba mencipta gerakan namun, tidak berjaya menemui penyudah walaupun mempunyai beberapa peluang terbaik di dalam kotak penalti.

Pada minit-minit terkahir perlawanan, Kelantan FC cuba melakukan asakan ke gawang Kelantan United  namun, keputusan seri 0-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Keputusan seri itu menyaksikan anak-anak buah, Reezal Zambery Yahya berjaya mengumpul 22 mata untuk untuk kekal berada di puncak Liga Perdana namun, diikuti rapat Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

JDT II yang beraksi Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang berjaya merapatkan kedudukan dengan Kelantan FC selepas berjaya mengutip tiga mata selepas menang tipis 3-2 ke atas Selangor FC II.

Dengan kemenangan itu, JDT II kekal berada di tangga kedua liga selepas mengumpul 21 mata mengekori rapat Kelantan FC yang berada di puncak liga dengan 22 mata.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.