Aksi panas Malaysia-Indonesia, jangan layan provokasi

Aksi panas Malaysia-Indonesia, jangan layan provokasi

TAN CHENG HOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sedar akan aksi panas melibatkan perseteruan Malaysia dengan Indonesia, Ahad ini menyebabkan jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menggesa anak-anak buahnya bersedia sepenuhnya terutama dari segi mental.

Cheng Hoe dalam sidang akhbar secara maya berkata, beliau berharap Harimau Malaya tidak melayan provokasi media Indonesia kerana ia boleh menjejaskan fokus mereka bagi aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Bishan, Singapura nanti.

Setakat ini, media Indonesia mendakwa terdapat pilih kasih dalam kejohanan tersebut apabila pemain kacukan mereka, Elkan Baggott perlu menjalani kuarantin, sedangkan Safawi Rasid tidak biarpun sebilik dengan Akhyar Rashid.

Pengasingan kendiri tersebut menyebabkan pemain te­ngah Ipswich City itu terlepas untuk memperkuatkan barisan Garuda menentang skuad bim­bingan Park Hang-seo, Vietnam semalam.

Langkah tersebut dipercayai terpaksa diambil kerajaan Si­ngapura selepas Baggott menaiki pesawat yang sama dari London ke Singapura, di mana salah seorang penumpangnya didapati positif varian Omicron.

“Kami sudah me­la­kukan post-mortem (pasca nilai) pada aksi Vietnam lepas dan barisan pemain tahu di mana kesilapan mereka untuk diperbaiki sebelum mengharungi aksi bertemu Indonesia nanti.

“Meskipun masih berbaki empat hari sebelum saingan bermula, saya sedar perseteru­an pasukan Malaysia menentang Indonesia sentiasa hangat dengan adanya unsur provokasi khususnya daripada media mereka.

“Justeru, suka untuk saya ingatkan kepada pemain agar kekal tenang dan tidak terpengaruh ke­rana situasi di luar padang ini di luar bidang kuasa kita dan memberikan fokus penuh pada sesi latihan,” kata Cheng Hoe, semalam.

Malaysia turun dengan misi wajib menang dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF menentang Garuda di Stadium Bishan untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe mengesahkan tiga pemain yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini melibatkan Faisal Halim, Quentin Cheng dan Khairu­l­azhan Khalid sudah menyertai sesi latihan penuh bersama pasukan semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya