Tak tahan dikecam, penjaga gol Arsenal padam Twitter - Utusan Malaysia

Tak tahan dikecam, penjaga gol Arsenal padam Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penjaga gol Arsenal, Alex Runarsson memadam akaun Twitter selepas tidak tahan dikecam ekoran kekalahan 1-4 pasukannya kepada Manchester City awal pagi tadi.

Pemain berusia 25 tahun itu menerima ‘serangan’ di sosial media selepas melakukan kesilapan yang menyebabkan pasukannya tersingkir pada suku akhir Piala Liga.

Penjaga gol kedua Iceland itu menyertai Gunners dari Dijon, September lalu dan membuat penampilan sulung dalam Liga Europa awal bulan ini.

Runarsson melakukan kesilapan pada minit ke-54 apabila menumbuk sepakan bebas Riyad Mahrez ke dalam gawang sendiri.

Kesilapan itu membolehkan City mendahului 2-1 di awal babak kedua.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta bagaimanapun mempertahankan Runarsson kerana pemain itu jarang diberi peluang beraksi dan masih cuba menyesuaikan diri dengan bola sepak England.

“Kita semua buat kesilapan tetapi kami harus memberi sokongan kepadanya,” kata Arteta

“Ia macam sabun. Sepakan bebas Mahrez masuk ke gawang menerusi tangannya,” tulis Sky Sports Football.

“Sudah banyak kali saya beri amaran kepada kamu mengenai @runaralex, peratusan percubaan yang diselamatkan dalam Ligue 1 amat teruk,” kata pemilik akaun Alexls Arsenal’s Hale End.

“Kamu serius ke dalam hidup @runaralex? Macam mana kesilapan buruk boleh berlaku? Kamu kena tingkatkan permainan,” tulis Diallo Zapata.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya