Anda pun boleh jadi Presiden MFL - Utusan Malaysia

Anda pun boleh jadi Presiden MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini meminda Perlembagaan MFL Klausa 11 berkenaan pencalonan Presiden dalam Kongres keempat di sini.

Menurut Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd. Amin, pindaan Klausa 11 Perlembagaan MFL itu menyaksikan Ahli Lembaga Pengarah kini diberi kebebasan mencalonkan mana-mana individu yang sesuai untuk menjadi Presiden.

Kata Hamidin, Klausa 11 sebelum ini hanya menghadkan pencalonan Presiden MFL dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah MFL sahaja.

Bagaimanapun, beliau menegaskan mana-mana individu bebas sudah boleh diundi untuk menjadi Presiden MFL tetapi proses pencalonan masih kekal sama di mana pencalonan itu haruslah hadir menerusi Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“Berdasarkan Perlembagaan MFL, Klausa 11; Pencalonan Presiden MFL, sekretariat telah mencadangkan pindaan klausa agar Ahli Lembaga Pengarah diberi kebebasan untuk mencalonkan individu-individu yang sesuai untuk diundi sebagai Presiden MFL.

“Sebelum ini Klausa 11.1 dalam Perlembagaan MFL mengehadkan pencalonan dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah sahaja tetapi kini kita sudah boleh mencalonkan mana-mana individu besar dan ia harus dicalonkan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“(Klausa terdahulu) 11.2; Individu yang dicalonkan dari senarai Ahli Lembaga Pengarah MFL tidak boleh terikat dengan, dikaitkan dengan, mewakili atau memegang jawatan dalam Rakan Kongsi Kelab (dan) Rakan Kongsi Kelab adalah tidak termasuk FAM.

“Kini Klausa 11.2 itu menyaksikan individu yang dicalonkan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL tidak boleh terikat dengan, dikaitkan dengan, mewakili atau memegang jawatan dalam Rakan Kongsi Kelab (dan) Rakan Kongsi Kelab adalah tidak termasuk FAM.

“Sementara itu (Klausa Asal) 11.3 menyaksikan individu yang layak dicalonkan daripada senarai Ahli Lembaga Pengarah MFL adalah individu yang telah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah MFL sekurang-kurangnya tempoh empat tahun tetapi klausa ini telah pun dikeluarkan daripada Perlembagaan MFL,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Rakan Kongsi Kali Ke-4, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Hamidin memberitahu perwakilan telah bersetuju dengan usul penyertaan skuad projek FAM bersama Majlis Sukan Negara (MSN) yang bakal membuat penampilan dalam kempen Liga Perdana 2021.

“Perwakilan telah bersetuju dengan usul penyertaan skuad projek FAM-MSN yang akan bermain dalam Liga Premier pada tahun hadapan.

“Saya sentiasa menyokong penuh terutama apabila skuad projek ini melibatkan agenda nasional di mana saya percaya perancangan untuk pembangunan pemain-pemain muda ini akan bertambah baik dari masa ke semasa,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya