Skuad bola keranjang wanita terima kondominium

Skuad bola keranjang wanita terima kondominium

Tian Hock (lima dari kiri) bersama pemain bola keranjang wanita negara ketika majlis ‘Topping Out Ceremony’ LEVIA Residence, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) menghadiahkan 19 unit kondominium bernilai lebih RM6 juta kepada skuad bola keranjang wanita yang meraih emas berturut-turut di Sukan SEA.

Presiden MABA, Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, ganjaran berkenaan sebagai penghargaan terhadap pencapaian pasukan wanita negara yang menjuarai Sukan SEA 2015 dan mempertahankan emas di Sukan SEA 2017.

“Seramai 19 penerima yang membabitkan 16 pemain serta jurulatih skuad wanita negara bagi edisi Sukan SEA 2015 hingga 2017 bakal menerima unit berkenaan.

“Selain itu, tiga kakitangan lama MABA turut diberikan penghargaan atas sumbangan mereka kepada pembangunan bola keranjang negara,” kata Tian Hock.

Unit kediaman berkenaan terletak di LEVIA Residence di Cheras dengan kesemua penerima turut dijemput menghadiri majlis ‘Topping Out Ceremony’ projek perumahan itu yang berlangsung pada hari ini.

Menurut Tian Hock, setiap unit kondominium dianggarkan bernilai RM300,000, selain tambahan RM30,000 diperuntukkan bagi kerja pengubahsuaian, menjadikan jumlah keseluruhan nilai ganjaran melebihi RM6 juta.

“Insentif berkenaan mencerminkan komitmen MABA dalam menghargai pengorbanan atlet yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas serantau,” jelasnya.

Tian Hock turut menjelaskan bahawa ganjaran serupa akan diteruskan sekiranya skuad negara berjaya meraih pingat emas pada Sukan SEA di laman sendiri, tahun depan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN