Zamri, 35, yang sepatutnya berlepas ke China hari ini untuk menyertai beberapa kejohanan antarabangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) HSNZ dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Dua hari lepas saya rasa tidak selesa di bahagian dada jadi saya dapatkan pemeriksaan di klinik dan hasil ujian elektrokardiogram (ECG) mendapati ada masalah jantung. Jadi saya pergi ke sebuah hospital swasta dan hospital tersebut pindahkan saya ke HSNZ.

"Doktor di HSNZ juga telah menjalankan pemeriksaan sekali lagi pagi tadi dan memaklumkan akan merujuk saya ke IJN (Institut Jantung Negara) dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zamri menambah ketika menyertai sebuah kejohanan di Jepun tiga minggu lepas, dia dimasukkan ke hospital di sana kerana pitam dan disahkan hanya mengalami dehidrasi.- BERNAMA