Pengumuman tersebut dibuat oleh pasukannya Movistar Team dalam satu kenyataan yang memberitahu bahawa Valverde masih belum pulih daripada kecederaan dalam tempoh masa ditetapkan.

Pelumba berusia, 39 tahun itu mengalami kecederaan tersebut akibat kemalangan pada April yang menyebabkan dia terpaksa berehat panjang.

“Juara dunia akan berehat kerana kami tidak mahu merisikokan tempoh pemulihannya.

“Dia (Valverde) dijangka pulih dalam beberapa minggu lagi,” kata kenyataan daripada Movistar Team.

Perlumbaan berbasikal Giro d’Italia di jadual bermula pada 11 Mei ini sehingga 2 Jun 2019. - AGENSI