Ketua Pegawai Eksekutifnya, Farhan Abdul Wahab berkata, ini kerana misi mereka dalam edisi ke-25 itu adalah ingin mempertahankan jersi kuning yang dimenangi mereka menerusi pelumba Rusia, Ove­ch­kin Artem.

Bagaimanapun ujarnya, dia agak terkilan apabila LTdL 2019 terpaksa ditunda kerana menyebabkan TSG terlepas peluang untuk menyertai Tour de Tochigi, Jepun pada 22-24 Mac ini.

“Kami sebenarnya terpaksa menolak Tour de Tochigi kerana LTdL 2019 yang sebelum ini dijadualkan berlangsung 24-31 Mac. Selepas dapat tahu LTdL ditunda, kami cuba mohon balik untuk berlumba di Jepun, tapi malangnya tak dapat.

“Mereka bagi tahu, mereka dah gantikan kami dengan pa­sukan lain. Jadi bermakna, kita terlepas.

“Untuk tarikh baharu LTdL ini, ada dua lagi perlumbaan yang berdekatan dengannya pada bulan April. Tour de Thailand (1-6 April) dan Tour de Iskandar (17-21 April).

“Antara tiga perlumbaan itu, kami utamakan LTdL, sebab kami mahu kekalkan jersi ku­ning,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Buat masa ini status perlumbaan bertaraf 2.0 hors class, LTdL masih terumbang-ambing dan belum dapat dipastikan kesahihan penganjurannya gara-gara penundaan tarikh di saat akhir atas permintaan Kabinet.